fbpx

Rancang perjalanan, elak tersekat banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tengah) merasmikan Rumah Perkep sempena lawatan rasminya ke IPD Jeli hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

JELI – Golongan perantau dan rakyat di Kelantan dinasihatkan agar merancang perjalanan sama ada masuk atau keluar negeri ini supaya tidak tersekat di kawasan yang dilanda banjir.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, orang ramai perlu mengikuti informasi melalui portal rasmi berhubung banjir bagi mendapatkan maklumat terkini.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku memandangkan Kelantan berada dalam musim tengkujuh selain paras Sungai Kelantan juga menunjukkan peningkatan ketika ini.

“Paling penting bagi orang ramai adalah mereka perlu sentiasa memantau portal rasmi berkaitan maklumat banjir dan tidak mempercayai berita yang tular.

“Rakyat di negeri ini perlu lebih berwaspada dan jangan cuba meredah kawasan banjir kerana kita tidak tahu kedalaman sungai sekali gus boleh menyebabkan bencana lebih besar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Rumah Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI