fbpx

Lencongan dan penutupan jalan 5 lokasi di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hari ini mengumumkan lencongan dan penutupan jalan lima lokasi di sekitar ibu kota susulan bencana banjir serta hujan lebat di luar jangkaan semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, beberapa lokasi jalan masih ditutup serta dilencongkan akibat banjir dan proses-proses pembersihan jalan sedang giat dijalankan.

“Lima lokasi jalan ditutup adalah Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim, Jalan Rahmat, Jalan Sentul Manis, Jalan Pahang Barat dan terowong Lebuh Raya SMART.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan Jalan Tun Razak sebagai jalan alternatif untuk ke pusat bandar kerana proses pembersihan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pengguna jalan raya diharap dapat mengelak dari melalui jalan yang terlibat dengan lencongan dan penutupan serta mematuhi arahan pihak berkuasa agar keadaan lalu lintas sentiasa lancar dan terkawal.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999, hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau pergi ke balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI