fbpx

Amaran hujan berterusan di lapan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan tiga peringkat bagi lapan negeri hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Twitter berkata, hujan berterusan itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu di bawah kategori waspada.

“Amaran yang sama turut melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta kawasan Hulu Perak di Perak.

“Selain itu, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang dan beberapa kawasan di Selangor seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang turut diberi amaran hujan berterusan peringkat waspada,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan peringkat buruk dikeluarkan kepada Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan peringkat bahaya turut dikeluarkan melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI