fbpx

UMNO Pulau Pinang tidak mahu ‘bermusuh’ dengan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa (tengah) menyampaikan sijil kepada seorang veteran UMNO pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim dengan Pas kerana masih memerlukan parti itu untuk bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, dengan komposisi pengundi Melayu di negeri ini hanya sekitar 30 peratus, tidak ada sebab untuk UMNO berpecah dengan Pas.

“Kalau Pas nak bertanding di mana, beritahu, kita boleh bincang. Tapi keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu itu muktamad. ‘No way’ (tidak mungkin).

“Itu usul kita. Kita perlukan Pas dan tahun depan juga kita akan kekalkan usul itu. Ini penegasan UMNO Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam itu berkata, beliau sendiri akan menghubungi Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff untuk membincangkan perkara tersebut secara lebih mendalam.

“Dulu, sebelum PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka, hubungan (UMNO dan Pas Pulau Pinang) memang positif. Sekarang tak tahulah. Tapi, Pas pun tak pernah buat keputusan untuk tak bekerjasama dengan UMNO. UMNO pun samalah,” katanya.

Dalam pada itu, Musa memberitahu, UMNO Pulau Pinang ‘sebulat suara’ menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI