fbpx

Protein jerung berupaya lawan koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jerung memiliki protein seperti antibodi dikenali sebagai VNARs yang dapat membantu meneutralkan koronavirus. – Getty

MADISON, WISCONSIN – Satu kajian baharu mendapati bahawa protein yang terkandung dalam sistem imunisasi ikan jerung boleh meneutralkan kuman termasuk virus Covid-19, lapor laman berita RT semalam.

Kajian  dilakukan oleh kumpulan penyelidik Universiti Wisconsin-Madison itu mendedahkan bahawa protein yang berfungsi seperti antibodi dinamakan VNARs itu dapat membantu dalam membangunkan rawatan bagi melawan wabak koronavirus pada masa akan datang.

“Apa yang menjadi isu utama di sini adalah terdapat pelbagai jenis koronavirus yang boleh menjangkiti manusia.

“Disebabkan itu, kami sedang mempersiapkan rawatan terapeutik menggunakan protein VNARs yang diambil daripada ikan jerung.

“Ia dapat digunakan untuk melawan wabak berkaitan Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada masa akan datang,” kata pakar patologi Universiti Wisconsin-Madison, Profesor Aaron LeBeau.

“Protein seperti antibodi yang kecil ini boleh memasuki celahan kecil yang tidak dapat diakses oleh antibodi manusia,” tambah LeBeau. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI