fbpx

Netizen bengang, pemandu kereta halang jentera bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan sebuah kereta dilihat menghalang jentera bomba berdekatan sebuah persimpangan lampu isyarat.

PETALING JAYA – “Tolong bagi laluan bila bunyi siren, janganlah lengahkan usaha bomba untuk menyelamat.

Demikian luahan netizen di laman sosial apabila menonton klip video sebuah kereta menghalang jentera bomba yang sedang dalam kecemasan.

Aksi pemandu kereta itu juga turut mengundang kemarahan daripada pihak bomba yang turut memarahi pemandu itu menerusi pembesar suara di jenteranya.

Klip video tersebut dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya berdekatan sebuah persimpangan lampu isyarat.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial mengutuk tindakan pemandu kereta terbabit dan menyifatkan dia seorang yang mementingkan diri.

“Takkan tak dengar siren bomba tu punyalah kuat, pekak badak ke apa? Janganlah jadi pemandu yang pentingkan diri sendiri,” tulis Ijar Hijau.

“Tolonglah bagi laluan, kalau bomba lambat korang juga akan kecam nanti, memang patut bomba marah kepada pemandu ini,” komen Ali Panther pula.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fathil Ibrahim.

“Bagilah laluan kat bomba tu, jangan lengah usaha bomba nak selamatkan orang lain. Kalau terkena kepada ahli keluarga sendiri macam mana?,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI