fbpx

Laut bukan lagi punca rezeki semasa bergelora – APMM Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Kelantan bersiap sedia menjalankan tugas semasa musim tengkujuh tahun ini. - Foto oleh APMM KELANTAN

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan memberi peringatan kepada semua nelayan bot kecil di negeri ini agar tidak turun ke laut dalam tempoh terdekat berikutan keadaan laut bergelora.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nur Adli Syed Ab. Rahman berkata, perairan di Kelantan kini menerima tiupan angin kencang yang berterusan sejak Monsun Timur Laut bermula bermula 3 November lalu.

Menurutnya, hujan lebat menyebabkan angin kini bertiup antara 10 hingga 20 kilometer sejam dan boleh mencecah sehingga 50 hingga 60 kilometer sejam sekali gus menjadikan laut bukan lagi menjadi medan untuk mencari rezeki.

“Angin kencang menyebabkan laut bergelora dengan ombak yang boleh mencapai sehingga 4.5 meter atau lebih daripada jangkaan.

“Situasi ini boleh membahayakan pengusaha bot terutamanya bot pemancing rekreasi, bot tradisional dan sampan fiberglass,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Nur Adli berkata, peristiwa bot terbalik di Kota Tinggi, Johor dan Kuala Kuantan, Pahang baru-baru ini perlu dijadikan iktibar kerama cuaca sebenar berada di luar jangkaan malah ia boleh berubah pada bila-bila masa.

Menurutnya, nelayan perlu memaklumkan kepda persatuan, ahli keluarga atau APMM mengenai destinasi atau lokasi menangkap ikan untuk memudahkan pencarian sekiranya berlaku kecemasan.

Tambahnya, kemalangan yang sering berlaku sebelum ini adalah di luar jangkaan dan musim banjir pastinya tidak menjanjikan rezeki kepada nelayan pesisir pantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI