fbpx

Banjir: Operasi tiga pelabuhan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah pelabuhan di Klang terjejas akibat banjir, hari ini.

KLANG – Hujan lebat dan banjir kilat telah menjejaskan operasi di tiga buah pelabuhan di sini.

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dalam kenyataannya berkata, ini merangkumi Pelabuhan Utara, Barat dan Selatan seterusnya memberikan kesan buruk kepada operasi di gudang dan depoh kontena kosong.

Katanya, lebih memburukkan keadaan banyak kakitangan operasi logistik tidak dapat melaporkan diri ke tempat kerja kerana kesukaran perjalanan ( akibat banjir) dan kerosakan jalan masuk pelabuhan.

“Justeru, pergerakan kontena dan kargo ke dan dari pelabuhan dijangka terjejas teruk dan penghantaran akan ditangguhkan untuk beberapa hari akan datang.

“Penangguhan juga akan berlaku kepada kapal-kapal yang ingin berlabuh kerana cuaca buruk,” katanya di sini hari ini.

Jelas LPK, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pemain industri pelabuhan dan logistik untuk mengoptimumkan sumber yang ada bagi memastikan kesinambungan operasi pelabuhan dan logistik.

“Keutamaan akan diberikan kepada penghantaran barangan keperluan terutamanya barangan makanan, bekalan perubatan dan barangan peti sejuk,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI