fbpx

11 lagi kes varian Omicron dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 lagi kes varian Omicron dilaporkan di negara ini iaitu kesemuanya kes import, melibatkan pengembara warga Malaysia dan warga asing dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Nigeria, Arab Saudi dan Australia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes dari United Kingdom, tiga kes dari Amerika Syarikat, dua kes dari Nigeria, dua kes dari Arab Saudi dan satu kes dari Australia.

“Ia melibatkan sembilan kes warga Malaysia manakala dua kes warga Nigeria. Terdapat lapan kes mempunyai gejala namun hanya pada tahap kategori dua manakala tiga lagi kes tidak bergejala.

“Lima kes telah menjalani kuarantin di rumah manakala enam kes menjalani kuarantin di stesen kuarantin. Kesemua kes ini sedang dalam siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, jumlah tersebut sekali gus menjadikan kumulatif kes import yang disahkan varian Omicron adalah 13 kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI