fbpx

[VIDEO] Lelaki berhati mulia ajar warga asing tunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki warga tempatan mengajar pemuda Nepal menunggang basikal.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga tempatan yang mengajar pemuda Nepal menunggang basikal di sekitar kawasan perumahan mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian video TikTok di akaun @nuraisyahmewl, menunjukkan seorang lelaki yang memakai helmet sedang mengajar warga asing tersebut menunggang basikal.

Berdasarkan video berdurasi 53 saat, kelihatan lelaki itu menolak basikal yang ditunggang oleh seorang warga Nepal berulang kali supaya dia mahir mengendalikan basikal tersebut.

Tindakan lelaki tersebut mendapat pujian dari warga TikTok kerana berusaha membantu lelaki warga asing itu.

“Kita ingat remeh ja benda ni. Nanti baiya pi masjid, sekali abang ni dapat pahala,” komen @suzika890.

“Orang melayu baik-baik, tak kira bangsa apa pun mereka layan elok-elok,” komen @anony.me_07.

Terdapat netizen yang memberi cadangan lain agar warga asing itu mahir menunggang basikal dengan menggunakan jalan berbukit yang lebih rendah.

”Suruh dia belajar turun jalan berbukit rendah nanti mesti pandai, saya belajar menunggang basikal macam itu waktu kanak-kanak,” komen @deenwaled. – KOSMO! ONLINE

@nuraisyahmewl Aku dah la bangun awal pukul 6:30 pagi dia boleh buat kelas cara naik basikal pulak 🤣🤣 #fypシ゚viral #fy #videolawak #funnyvideos #videoviral #viraltrending #trending #fypage #funnyvideos #lawakmalaysia #lawakpecahperut #lawakmalaysia🇲🇾🤣 ♬ Funny – Gold-Tiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI