fbpx

463 kawasan di Selangor alami gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 463 kawasan penduduk di lima wilayah di Selangor dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Gangguan itu ekoran pencemaran bau diesel yang dikesan di Sungai Semenyih menyebabkan tindakan henti tugas loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan kawasan berkenaan melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang,, Putrajaya dan Kuala Langat.

Menurutnya, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada penduduk yang terlibat.

“Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengguna yang terjejas perlu menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor atau menghubungi talian 15300.

Kawasan gangguan bekalan air boleh semak di sini – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI