fbpx

Afifah Ifah’nda dakwa sekarang lebih mudah nak jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFIFAH IFAH'NDA

PELAKON dan juga penyanyi muda berbakat besar Indonesia, Afifah Ifah’nda berpendapat, kini sesiapa sahaja boleh bergelar selebriti atau menjadi terkenal dengan cara mudah iaitu media sosial.

Bagaimanapun bintang filem Rasuk 2 itu berkata, semuanya bergantung kepada penilaian dan penerimaan peminat sama ada seseorang itu layak untuk diangkat menjadi seorang artis ataupun sebaliknya.

Memasuki dunia hiburan sebagai pelakon, sehingga kini, selebriti berusia 20 tahun itu bagaimanapun masih tidak menganggap dirinya sebagai artis kerana berasa belum cukup dikenali.

“Saya tidak anggap diri ini sebagai artis. Kerana pada saya seseorang artis itu perlu mempunyai peminat dan pengikut dalam media sosial yang ramai,” katanya.

Katanya, ramai lagi pesohor media sosial yang mempunyai bilangan pengikut lebih ramai dan popular berbanding dirinya. Faktor tersebut menjadikan mereka dengan mudah digelar artis.

“Tetapi apa yang membezakan saya dengan mereka adalah, saya mempunyai bakat dalam bidang seni dan terserah kepada orang ramai untuk menilainya,” ujar Afifah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI