fbpx

United cemas diserang Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pemain dan staf kejurulatihan United diuji positif Covid-19 selepas pulang daripada aksi menentang Norwich Ahad lalu. – AFP

MANCHESTER – Jadual perlawanan melibatkan Manchester United menentang Brentford di Stadium Komuniti Brenford awal pagi esok tidak menentu selepas skuad kendalian Ralf Rangnick itu berdepan penularan Covid-19.

Sumber kelab berkenaan menyebut, sejumlah kecil pemain dan kakitangan kejurulatihan disahkan positif wabak tersebut sebelum turun menjalani latihan pada Ahad lalu selepas mereka pulang daripada aksi menentang Norwich City.

Para pemain yang tidak dijangkiti terpaksa menjalani latihan di luar daripada kompleks latihan United di Carrington dan pihak Liga Perdana Inggeris telah pun dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut.

United sebelum ini pernah dilanda beberapa siri penularan Covid-19 dalam pasukan itu sehingga menyebabkan mereka terpaksa membatalkan aksi pramusim menentang Preston pada Julai lalu.

Selain itu, beberapa pemain seperti Dean Henderson, Paul Pogba, Alex Telles, Facundo Pellestri dan Mason Greenwood juga pernah diuji positif.

Selain United, Aston Villa juga turut berdepan situasi yang sama apabila beberapa kes dikesan ketika skuad kendalian Steven Gerrard itu turun untuk menjalani sesi latihan pada Ahad lalu.

Situasi itu menyebabkan aksi mereka menentang Norwich awal pagi esok juga belum dapat diputuskan, namun dipercayai hanya seorang pemain Villa yang disahkan positif, manakala selebihnya melibatkan kakitangan sokongan kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI