fbpx

Rosmah gagal halang hakim dengar kes AMLA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya pada Januari 2022.

Hakim Mohamed Zaini dalam penghakiman ringkasnya menyatakan, sebagai seorang hakim, antara tanggungjawab yang perlu dipikulnya ialah memastikan kepentingan Rosmah atau mana-mana tertuduh tidak diprejudiskan.

“Saya telah mengambil langkah sepatutnya untuk memastikan bahawa tertuduh (Rosmah) tidak akan diprejudiskan dana kes membabitkan pengubahawan wang haram apabila kenyataan (yang dirakam dalam kes pengubahan wang haram) dirujuk dalam kes solar.

Tambahan pula, telah menjadi tanggungjawab dan janji tugas saya dan mana-mana hakim untuk memastikan bahawa tertuduh (Rosmah) atau mana-mana tertuduh dibicarakan secara adil sebagaimana termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” kata hakim itu.

Mengulas lanjut dalam penghakimannya itu, seseorang hakim perlu membuat pertimbangan dan penilaian secara berasingan dan bebas terhadap bukti-bukti yang dikemukakan ke mahkamah.

“Apa juga dapatan yang saya buat dalam kes solar, akan kekal di kes itu. Malah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan (Datuk Seri) Tengku Adnan Mansor turut menyatakan, berbanding juri, seseorang hakim telah terlatih dengan undang-undang untuk kekal bebas dan tidak berat sebelah dalam menilai fakta berhubung sesuatu kes,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, hakim itu membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam kes solar untuk mengguna pakai kenyataan Rosmah yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sewaktu siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakkan cukai untuk mencabar kredibiliti wanita terbabit.

Selepas mahkamah membuat keputusan tersebut, peguam bela Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Geethan Ram pada 2 November lalu, yang antara lain turut memohon kes AMLA dan LHDN yang dihadapinya didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI