fbpx

PRN Sarawak: 89 peratus keluar undi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 89 peratus berbanding hanya 72 peratus pada edisi sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengundian awal di 85 pusat mengundi ditutup sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang tadi.

Terdahulu, seramai 23,043 pengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mula membuang undi di pusat pengundian masing-masing bermula pukul 7.30 pagi.

Daripada jumlah itu, seramai 10,458 merupakan anggota dan pegawai polis serta pasangan, manakala selebihnya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebanyak 55 pusat mengundi awal dibuka bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang, manakala 30 lagi pusat pengundian hanya beroperasi sehingga pukul 2 petang sahaja. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI