KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mengikut masa yang digalakkan kepada mereka hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus, bagaimanapun berkata, pengundi boleh keluar mengikut kelapangan masa tetapi dinasihat tidak keluar mengundi pada saat akhir.
“Digalakkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti tercatat dalam aplikasi MySPR Semak.
“Bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang atau mengikut waktu Pusat Mengundi yang diwartakan,” katanya dalam kenyataan.
Justeru itu, katanya pengundi dinasihatkan untuk membuat semakan awal maklumat pengundian bagi mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau menghubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau melalui aplikasi MySPR Semak.
“Pengundi diingatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.
“SPR juga ingin mengingatkan majikan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah pada 29 November 2025 (Sabtu) sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.-KOSMO! ONLINE
PRN17 Sabah: Pengundi dicadang keluar mengundi ikut masa
- Oleh IVAN AMIRUL
- 29 November 2025, 8:07 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

79 calon berentap pada PRN Melaka – Pengerusi SPR
31 Oktober 2026, 2:52 pm

Hai rakyat Melaka, kekal atau tukar?
29 Oktober 2026, 8:00 am

Krisis Negeri Sembilan: Jelas kepada pengundi, bukan salah BN – Johari
11 Oktober 2026, 2:14 pm

Tarikh PRN Melaka ditentukan hari ini
7 Oktober 2026, 10:08 am

Pengundi wajar tahu siapa calon PM jika BN-Pas menang PRU16
7 Oktober 2026, 10:01 am

Politik kotor tidak jadikan negara suci
5 Oktober 2026, 8:30 am

PRN Melaka: BN muktamadkan gabungan selepas pengumuman SPR
4 Oktober 2026, 7:56 pm

SPR bincang tarikh penting PRN Melaka 7 Oktober depan
25 September 2026, 3:15 pm








