fbpx

Lanjutan tempoh bayar saman buat kehadiran di kaunter menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Yahanis Yahya pada Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak 2021, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

PASIR SALAK – Sikap menunggu hingga saat-saat akhir menyebabkan jumlah orang awam yang hadir ke kaunter bayaran trafik di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) turun secara mendadak selepas tempoh pembayaran 80 peratus dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak misalnya merekodkan hanya 300 orang awam hadir membayar saman semalam berbanding kehadiran yang ramai empat hari sebelum ini.

“Apabila diumum tempoh lanjutan bayaran saman, memang peratusan orang awam menyelesaikan saman tertunggak menurun dengan mendadak.

“Masyarakat suka mengambil tindakan di saat-saat akhir. Mereka anggap ada masa lagi sehingga hujung bulan jadi tidak perlu buat pembayaran segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak 2021 di Dewan Agro Aman Jaya, Kompleks Perumahan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat juga faktor lain penurunan kehadiran orang awam untuk membuat semakan dan pembayaran secara fizikal apabila mereka memilih melakukan pembayaran secara dalam talian di portal MyBayar Saman dan melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurut beliau, bagi mengelakkan orang awam beratur panjang dan kesesakan, mereka dinasihatkan agar tidak menunggu saat akhir untuk melunaskan bayaran saman dengan tawaran 80 peratus.

Sementara itu beliau berkata, Polis Perak merekodkan kutipan bayaran saman sebanyak RM13.53 juta sejak 1 Disember hingga semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI