fbpx

Kembalikan sistem satu ketua kampung di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Arafat.

IPOH – Kerajaan Perak perlu kembali menggunakan sistem seorang ketua bagi setiap kampung tradisional kerana ia lebih cekap dan memudahkan rakyat berbanding sistem tiga ketua bagi sebuah kampung sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Mohamad Arafat Varisai Mahamad berkata, sistem sekarang bukan sahaja ‘caca marba’ tetapi juga meningkatkan kos pengurusan kerajaan negeri kerana terpaksa membayar elaun bagi setiap ketua di 829 kampung tradisional tersebut.

Jelasnya, ia dibuktikan apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM7.5 juta untuk membayar elaun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam Belanjawan Perak 2022, berbanding hanya RM2.5 juta untuk elaun tersebut ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Oleh sebab masalah dalaman politik (tiga parti memerintah) tidak dapat diselesaikan, rakyat yang jadi mangsa,” katanya pada sidang media selepas menyertai perbahasan Belanjawan Perak 2022 di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan negeri, setiap kampung menerima pelantikan tiga Pengerusi JPKK baharu melibatkan wakil parti UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohamad Arafat yang juga Ketua Penerangan PKR Perak mendakwa, pelantikan tiga ketua dalam sebuah kampung menyebabkan setiap ketua cuba menyaingi antara satu sama lain serta mengelirukan rakyat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI