fbpx

Kematian Covid-19 bawah 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes kematian merekodkan di bawah angka 20 dengan 17 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kematian Covid-19 terkini sebanyak 30,879 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,246 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Terengganu (4), Kedah (3), Kelantan (3), Perak (2), Perlis (2), Pulau Pinang (2), Melaka (1) dan Sabah (1) serta tiada kematian di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 58,852 kes aktif melibatkan 48,337 kes dikuarantin di rumah, 5,606 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,502 kes di hospital, 191 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 216 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,490 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (954 kes), Kelantan (329 kes), Johor (322 kes), Pahang (301 kes), Pulau Pinang (243 kes), Perak (241 kes), Sabah (197 kes), Kuala Lumpur (194 kes), Kedah (169 kes), Melaka (150 kes), Negeri Sembilan (149 kes), Terengganu (144 kes), Sarawak (54 kes), Labuan (21 kes), Putrajaya (15 kes) dan Perlis (tujuh kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI