fbpx

Aset Sajat dilelong esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

SHAH ALAM – Aset usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang disita dua minggu lalu bakal dilelong esok.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lalu, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Muhammad Sajjad di premis nombor 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara dekat sini, pukul 10.30, pagi.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili mewakili plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd berkata, pihak defendan (Muhammad Sajjad) tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premisnya pada 14 Disember lalu.

“Maka, mahkamah telah pun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong besok,” kata mereka bersama dalam kenyataan hari ini.

Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajjad cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 ribu gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Jelas Nurul Hafidzah, anak guamnya iaitu Nurwati dan Muhammad Syakir bersyukur kerana nama mereka kini telah dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Tambah beliau, mereka juga berlega hati yang pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Muhammad Sajjad kini diketahui oleh semua dan hanyalah satu helah melalui pemanipulasian fakta.

“Kedua-dua plaintif juga menegaskan yang mereka tidak pernah memfitnah Muhammad Sajjad malah merekalah yang difitnah.

“Keputusan mahkamah adalah testimoni yang sistem perundangan negara bersetuju dengan hujahan dan bukti-bukti yang telah dibentangkan oleh pihak plaintif,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong boleh datang ke alamat rumah Muhammad Sajjad tersebut.

Kosmo! pada 30 November lalu melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat disita bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI