fbpx
Max Verstappen menjuarai gelaran dunia pertamanya dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Verstappen julang gelaran dunia Formula Satu di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABU DHABI – Tuah ternyata memihak kepada pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen apabila berjaya melakar sejarah selepas dinobatkan juara dunia Formula Satu (F1) buat julung kalinya selepas muncul juara di Grand Prix (GP) Abu Dhabi sebentar tadi.

Pada awal saingan, pasukan Red Bull seakan-akan hilang arah apabila mereka ketinggalan selepas tindakan bijak pemandu Mercedes, Lewis Hamilton yang menguasai sepanjang perlumbaan.

Namun, baki empat pusingan terakhir, pasukan Red Bull mempunyai peluang keemasan selepas Nicholas Latifi (Williams) terlibat dalam insiden kemalangan sebelum kereta keselamatan keluar untuk mengawal perlumbaan.

Verstappen yang sempat memasuki hentian pit untuk menukar tayar menggunakan kelebihan tersebut sebelum memecut laju meninggalkan Hamilton pada pusingan terakhir sekali gus dinobatkan sebagai juara baharu F1.

“Ia sukar dipercayai kerana saya bekerja kera sepanjang perlumbaan. Saya terus berjuang dan kemudian saya mempunyai peluang itu pada pusingan akhir.

“Akhirnya, sedikit tuah untuk membantu saya menjuarai perlumbaan hari ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sergio Perez dan rakan sepasukan yang terbaik,” kata Verstappen sejurus tamat perlumbaan.

Hamilton yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di kedudukan kedua terpaksa menunggu hingga tahun depan untuk mengatasi rekod gelaran dunia ketujuh yang dicatat legenda Jerman, Michael Schumacher.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Verstappen dan pasukannya. Saya rasa kami melakukan hasil kerja yang menakjubkan tahun ini.

“Ia adalah musim yang paling sukar dan kami memberikan segala-galanya. Perkara paling penting kami tidak pernah berputus asa,” ujar Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN