fbpx
Gambar hiasan

31 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,862 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak tujuh kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,243 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (10), Sabah (7), Perak (4), Sarawak (4), Kuala Lumpur (2), Kedah (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Terengganu (1) serta tiada kematian di Johor, kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 60,778 kes aktif melibatkan 49,910 kes dikuarantin di rumah, 5,867 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,605 kes di hospital, 185 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,626 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,227 kes), Johor (480 kes), Kelantan (386 kes), Kuala Lumpur (349 kes), Pulau Pinang (345 kes), Pahang (326 kes), Kedah (308 kes), Sabah (287 kes), Perak (205 kes), Melaka (202 kes), Terengganu (180 kes), Negeri Sembilan (161 kes), Sarawak (74 kes), Perlis (39 kes), Putrajaya (29 kes) dan Labuan (26 kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN