fbpx

SPNB komited dukung agenda perumahan mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) bergambar bersama penerima Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran, Pahang.

PETALING JAYA – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ) komited dalam mendukung agenda perumahan khususnya menyediakan kediaman mampu milik untuk Keluarga Malaysia menerusi pelaksanaan taklimat kesedaran permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) peringkat Parlimen Maran, Pahang dekat sini.

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, namun mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Di samping itu, Keluarga Malaysia dalam kalangan golongan B40 dan B50 di sekitar Maran disaran untuk merebut peluang untuk berdaftar di bawah Program RMR ini, sekali gus membuka peluang kepada mereka memiliki kediaman yang selesa serta berkualiti, sejajar dengan agenda Malaysia Yang Berdaya Huni.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, 48,316 unit RMR telah siap dibina di seluruh negara. Sejumlah 92,905 pula merupakan senarai berminat dalam sistem dan 6,606 permohonan dalam proses dan telah dinilai layak.

“Bagi Program RMR di Pahang, 4,228 unit RMR telah siap dibina di seluruh negeri dengan sejumlah 7,557 senarai berminat yang telah diterima dalam sistem, dan 253 permohonan dalam proses dan telah dinilai layak.

“Jumlah permohonan di kawasan Parlimen Maran pula merekodkan sebanyak 809, dengan hanya 18 permohonan sahaja dalam proses dan telah dinilai layak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi Belanjawan 2022, peruntukan sebanyak RM315 juta untuk Program Rumah Mesra Rakyat dijangka mampu membina 3,000 lagi unit RMR di seluruh negara pada tahun 2022. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI