fbpx

Malaysia ‘juara’ gemuk di ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia direkodkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk ‘tergemuk’ dengan kadar obesiti yang paling tinggi berbanding sembilan negara lain.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman Instagram, Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dengan 15.6 peratus bagi nilai peratusan obesiti dalam kalangan penduduk.

“Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang paling tinggi kadar obesiti dalam kalangan penduduk berbanding dengan negara ASEAN yang lain.

“Pada pandangan anda, kenapa ramai penduduk di Malaysia memiliki berat yang berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen terhadap pertanyaan yang berkenaan.

“Sebab penduduk negara lain tak sarapan menu nasi lemak macam penduduk di Malaysia,” kata @mohd_alifff.

“Rakyat Malaysia kurang bersukan dan suka mencuba pelbagai masakan, punca berat naik,” kata @deeahmad.

“Makanan di Malaysia semuanya sedap, sebab tu rakyat gemuk,” kata @_dani_ignite.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI