fbpx

Kaji semula kadar baharu cukai cecair vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai cara dan inisiatif pihak yang menunjukkan bantahan serta tidak bersetuju mengenai GEG. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemain industri vape tempatan memohon kerajaan mengkaji semula kadar baharu cukai cecair vape yang akan berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Presiden Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria berkata, pihaknya juga berharap agar kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas yang berbeza daripada rokok tembakau bagi mengawal selia industri ini.

Jelas beliau yang mewakili suara industri terutamanya pengilang-pengilang tempatan, persatuan amat menyokong usaha kerajaan mengawal selia industri vape termasuk langkah mengenakan cukai bagi cecair vape bernikotin dan ia adalah perkara yang diperjuangkan industri sejak beberapa tahun ini.

“Pihak industri sudah lama memperjuangkan satu undang-undang kawal selia serta sistem pencukaian yang konklusif bagi produk vape bernikotin.

“Bagaimanapun, kadar RM1.20 yang ditetapkan untuk setiap millimeter (ml) cecair vape adalah terlalu tinggi.

“Kadar ini akan membebankan pengilang terutamanya dan memberikan kesan yang negatif kepada industri,” katanya dalam kenyataan.

Rizani menerangkan, di kebanyakan negara, cukai ke atas cecair vape adalah rendah, sebagai contohnya di negara- negara Eropah, kadar cukai yang dikenakan hanya antara 0.10  hingga 0.20 Euro setiap ml.

Di sesetengah negara seperti United Kingdom (UK) dan New Zealand [pula tidak mengenakan cukai ke atas produk ini kerana ia diiktiraf sebagai bahan yang boleh membantu perokok berhenti merokok.

“Dengan kadar cukai baharu itu, setiap 30 ml botol cecair akan dikenakan cukai sebanyak RM36 dan kadar ini  adalah bersamaan dengan harga runcit semasa setiap 30 ml botol cecair vape.

“Sudah tentu pengguna akan terbeban dengan harga baharu yang akan naik dan pastinya mereka akan mencari alternatif yang lebih murah. Ini akan membuka peluang kepada aktiviti jualan produk yang tidak berbayar cukai,” katanya.

Selain cukai, Rizani memberitahu undang-undang kawal selia juga adalah salah satu komponen utama bagi memastikan industri ini berdaya saing.

“Undang-undang yang bakal dilaksanakan tidak boleh sama seperti undang-undang untuk mengawal rokok tembakau dan ia haruslah dibuat dengan mengambil kira kesan negatif kepada industri tempatan yang terdiri daripada 3,300 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan 15,000 pekerja,” jelasnya.

Selain itu, tambah beliau, satu petisyen dalam talian telah dilancarkan di dalam laman web bagi mengutip sebanyak mungkin tanda tangan sebagai sokongan orang ramai terhadap usaha kami.

“Petisyen ini bertujuan untuk kerajaan mengkaji semula kadar cukai yang ditetapkan dan menggubal segera undang-undang kawal selia khusus untuk vape yang berbeza dan berlainan daripada rokok tembakau,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI