fbpx

Gmie Screen meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VOKALIS kumpulan Screen meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi tadi akibat penyakit buah pinggang.

PETALING JAYA – Penyanyi dan vokalis kumpulan Screen, Gmie meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi akibat penyakit buah pinggang.

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Menurut anaknya, Siri Hadirah, bapanya itu pengsan di ketika berada di rumah.

“Sejak beberapa hari ini memang keadaan kesihatan abah kurang baik. Dia pengsan sebab kurang darah. Masa dirawat di hospital keadaannya stabil dan kami sempat buat panggilan telefon.

“Dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor bagitahu keadaan abah kritikal sebelum kami diberitahu dia (abah) sudah tiada,” katanya.

Gmie cukup dikenali peminat menerusi lagu nostalgia yang cukup popular era 1990-an antaranya, Bila Cinta Didusta, Tak Suka Tak Apa dan Orang Yang Ku Sayang-Sayang.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.

Beberapa minggu lalu, Kosmo! Online menghubungi Allahyarham untuk bertanyakan khabar tentang keadaan kesihatannya.

Waktu itu, Gmie memaklumkan, keadaan kesihatannya tidak berapa baik dan enggan perkara itu diuar-uarkan kepada umum.

“Saya tak berapa sihat (sebab penyakit buah pinggang). Tak perlu cerita kepada orang tapi cukup dengan mendoakan urusan saya dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, pengurus peribadi Allahyarham Gmie, Fuad Syahrin Misbah mendedahkan, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan penyakit buah pinggang berlubang.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan Sijangkang, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI