fbpx

UMNO Selangor harap diberi autonomi urus kerjasama dengan Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua kiri) mendengar penerangan produk daripada Pengurus Eksekutif Syarikat Aductive Food Sdn. Bhd. Anif Azami.- ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Badan Perhubungan UMNO Selangor berharap pihaknya diberi autonomi bagi menguruskan sendiri kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama Pas.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu ada dibangkitkan pada mesyuarat bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi pada bulan lalu dan kedua-dua pihak sepakat bagi meminta autonomi daripada parti masing-masing di Selangor.

“Saya dengan Datuk Yunus kalau boleh nak minta autonomilah, saya daripada UMNO dan beliau Pas. Kalau Selangor ini, biarlah ‘special’ sikit,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Noh yang merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merasmikan kilang syarikat Aducktive Food Sdn. Bhd. di Kota Puteri, Ijok, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menambah, hubungan kedua-dua pihak setakat ini masih berada dalam suasana harmoni dan baik.

Bagaimanapun, pihaknya mengakui keputusan akhir yang akan menentukan sama ada UMNO di Selangor diberi autonomi atau tidak akan ditentukan oleh pucuk pimpinan tertinggi.

“Prinsip UMNO jelas bahawa kita akan bersama dan maksudnya setakat ini kita (UMNO dan Pas) masih bersama.

“UMNO Selangor setakat ini berhubung baik dan kita nampak MN di Selangor boleh berterusan. Apa pun, kita faham akhirnya pucuk pimpinan yang akan menentukan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI