fbpx

Najib bersumpah sekali lagi isu RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersumpah sekali lagi berhubung dana berjumlah RM42 juta didakwa milik SRC International Sdn. Bhd.

“Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu.

“Saya mungkin tidak mempunyai kebebasan untuk mengulas lebih lanjut di sini mengenai proses mahkamah, tetapi saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiaya,” katanya menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Najib telah di­sabitkan kesalahan menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang RM42 juta milik SRC dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Kini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI