fbpx

Lelaki tular maki polis sudah dituduh di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan polis menahan suspek di rumahnya di Taman Dengkil Jaya.

SEPANG – Polis mengesahkan seorang lelaki yang dilihat memaki hamun dan memarahi polis menerusi rakaman video tular baru-baru ini sudah ditahan polis dan dituduh di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara itu termasuk kesahihan video yang viral itu.

Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki yang mempunyai empat rekod berkaitan dadah dan satu rekod jenayah lampau itu ditahan selepas memecahkan cermin kereta jirannya dalam kejadian pada Ahad lalu.

“Lelaki berusia 40 tahun itu dituduh di Mahkamah Majistret Sepang di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melalukan jenayah khianat.

“Menerusi pengakuan awal di mahkamah, suspek mengaku bersalah memecahkan cermin kereta jirannya dengan menggunakan lesung batu. Kes berkenaan akan disebut semula pada 12 Januari depan,” katanya hari ini.

Jelasnya, kejadian itu dikesan berlaku kira-kira jam 7.39 pagi Ahad lalu di Taman Dengkil Jaya, Dengkil dan suspek kemudian ditahan kira-kira pukul 2.35 petang pada Isnin lalu.

Wan Kamarul Azran berkata, turut ditahan bersama suspek adalah seketul lesung batu yang digunakan untuk memecahkan cermin belakang kereta jenis Perodua Axia itu.

“Kami berjaya mengesan kejadian itu selepas meneliti televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang jiran mangsa.

“Menurut saksi yang juga pemilik kereta, dia tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan tidak mengetahui motif suspek melakukan perkara itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI