fbpx

APA KATA PEMENANG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENARAI lima pemenang Liga Fantasi Kosmo minggu ke-15.

“Saya sudah 3 tahun bermain FPL ini dan ini kali pertama menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Kosmo! Tidak sangka pertaruhan selama lima hingga enam jam mengatur pasukan selain menggunakan peluang peluang ‘free hit’ akhirnya membuahkan hasil. Andai kata Kosmo! buat liga seperti ini saya pasti akan sertai. Terima kasih Kosmo!

MOHD IRFAN HASAN
(Seremban, Negeri Sembilan)
Pasukan: AWAKENING OF MAN UTD (82 mata)
Pengurus: Irfantastico Herrera

“Saya sudah bermain Fantasy Premier League ini sejak 2012. Apa yang saya sentiasa lakukan adalah melihat jadual perlawanan dan daripada situ saya dapat lihat secara lebih terperinci mengenai pemain mana yang boleh saya pilih. Saya akan tukar pemain bergantung kepada situasi setiap minggu. Terima kasih Kosmo!

MUHAMAD NAQIYIDDIN MOHD RAMLI
(Butterworth, Pulau Pinang)
Pasukan: KUBANG MENERONG (88 mata)
Pengurus: Naqiu Azwarie

“Tidak sangka penyer­taan pertama saya pada saingan Liga Fantasi Kosmo! mampu menjulang saya bergelar juara mingguan. Bukan mudah tetapi dengan percaturan terbaik menggunakan ‘triple captain’ ke atas Son Heung Min minggu ini memang menjadi. Apa pun, terima kasih Kosmo!

MUHAMMAD AKHIMULLAH AZMI
(Kajang, Selangor)
Pasukan: SG TANGKAS FC
(89 mata)
Pengurus: Akhimullah Azmi

“Alhamdulillah, kalau ikutkan, saya pun tidak ada sebarang rahsia dalam per­mainan ini bahkan saya hanya sekadar mencuba-cuba. Apa yang saya sering buat sebelum ini adalah menukar pemain mengikut prestasinya dan juga pasukan. Apa pun, terima kasih Kosmo!

MEOR SHAIRUL SHAFIZAM MOHD JAMIL
(Sungkai, Perak)
Pasukan: Power Soccer (85 mata)
Pengurus: Meor Shairul

“Saya teruja selepas 15 minggu, akhirnya dapat menang Top 5 Liga Fantasi Kosmo! kali ini. Perasaan sudah tentu sangat teruja dan berbangga tetapi pada masa sama saya mahu ucapkan terima kasih kepada Kosmo! kerana menyediakan platform permainan ini secara percuma buat pembaca dan ia menyeronokkan. Terbaik Kosmo!

CHE AZMI CHE OMAR
(Seri Kembangan, Selangor)
Pasukan: Vikingdom fc (81 mata)
Pengurus: Aaron johnson

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI