fbpx

MHC bangga pencapaian di Piala Dunia Hoki Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA meraih tempat kelapan Piala Dunia Hoki Remaja 2021 yang berlangsung di India baru-baru ini. - FIH/HOCKEY INDIA

KUALA LUMPUR – Pencapaian Malaysia meraih tempat kelapan Piala Dunia Hoki Remaja di Bhubaneswar, India yang melabuhkan tirainya awal minggu ini merupakan satu kejayaan yang harus dibanggakan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berpuas hati kerana skuad projek khas lelaki kebangsaan muncul antara lapan pasukan terbaik daripada keseluruhan 16 negara bertanding pada edisi ke-12 itu.

Menurutnya, pencapaian itu seharusnya diberikan pujian memandangkan para pemain berdepan banyak kekangan untuk mendapat pendedahan dan persediaan latihan yang mencukupi disebabkan pandemik Covid-19.

“Sebagai Presiden MHC, saya melihat barisan pemain remaha negara tidak mendapat sebarang latihan sepanjang dua tahun.

“Mereka hanya diberikan perlawanan pendedahan ketika Siri Jelajah United Kingdom atas keputusan bersama yang diambil oleh MHC dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum pemain berlepas menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja 2021.

“Alhamdulillah pemain berjaya mengatasi keadaan tersebut dan bemain dengan baik di India. Saya terkejut dengan prestasi mereka berjaya ke suku akhir dan mneraih kedudukan kelapan,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

BARISAN pemain negara layak menerima pujian kerana memberikan segala-galanya biarpun kurang persediaan disebabkan pandemik Covid-19. – FIH/HOCKEY INDIA

Subahan turut menjelaskan, MHC mempunyai perancangan untuk menyerap pemain-pemain yang telah melepasi had umur 21 tahun ke skuad senior kebangsaan berdasarkan pencapaian mereka pada saingan di Stadium Kalinga dari 24 November hingga 5 Disember lalu.

Sebagai rekod, juara Piala Dunia Hoki Remaja kali ini menjadi milik Argentina selepas menewaskan Jerman 4-2 di pentas final, manakala Perancis meraih tempat ketiga selepas menang 3-1 keatas juara bertahan yang juga tuan rumah, India. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI