fbpx

Lelaki tangkap ikan guna rakit batang pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakit tersebut dilihat terumbang-ambing dipukul ombak sehingga sesekali kelihatan seperti tenggelam. – TikTok

JAKARTA – Gelagat seorang lelaki separuh usia  yang menangkap ikan di laut menggunakan rakit buatan sendiri menjadi tular di media sosial disebabkan keadaan rakit tersebut yang dilihat boleh membahayakan nyawanya, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, lelaki tersebut menangkap ikan seorang diri menggunakan rakit yang diperbuat daripada batang pisang.

Rakit itu turut mempunyai bumbung yang diperbuat daripada jerami bagi melindungi dirinya daripada panas dan hujan.

Lebih mengerikan adalah rakit tersebut dilihat terumbang-ambing dipukul ombak sehingga sesekali kelihatan seperti tenggelam.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen melihatkan aksi berani lelaki itu.

“Dia kelihatan tenang sahaja. Kalau saya, sudah gementar dan takut,” kata seorang netizen.

“Daripada video ini, saya mempelajari bahawa orang yang tenang akan selamat dalam menjalani ombak kehidupan,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI