fbpx

Guna platform media sosial sebar dakwah kepada anak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Farhatul Fairuzah Panut bersama watikah pelantikannya sebagai Ikon Dakwah Yadim 2021-2022.

PUTRAJAYA – “Saya cuba untuk jadi yang terbaik, bersama bersahabat dengan al-Quran dan istiqamah bersamanya serta teruskan berdakwah,” kata juara tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang dilantik Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) 2021-2022.

Penuntut jurusan al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berusia 21 tahun itu sering menyampaikan mesej dakwah keindahan al-Quran melalui media sosialnya, menjadi antara sembilan individu yang dilantik sebagai Ikon Dakwah Yadim sekali gus termuda.

Anak bongsu daripada lima beradik itu menyifatkan, dia tidak layak dilantik sebagai ikon tetapi, tetapi gadis yang mesra dipanggil Farha itu menerimanya dengan hati terbuka serta berusaha untuk menjadi yang terbaik.

“Terima kasih Yadim beri peluang dan Farha rasa bukanlah layak sebenarnya sebab ramai lagi yang hebat, Farha pun masih lagi belajar. Bila jadi ikon ini bukanlah mudah tetapi ia menjadi satu tanggungjawab untuk kita beri yang terbaik kepada orang di luar sana dan menjadi contoh yang baik.

“Melalui lantikan ikon ini, peranan yang Farha boleh mainkan mungkin pengisian kepada anak muda dan Farha pun masih lagi belajar serta cuba berkongsi kepada rakan-rakan lain lebih-lebih mereka yang sebaya mengenai al-Quran itu sendiri serta keindahannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kesemua lantikan Ikon Yadim tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad pada Webinar Pemantapan Akidah Nusantara dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ikon Dakwah Yadim 2021-2022 yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan.

Dalam pada itu, Farha berkata, dia sering menggunakan platform media sosialnya seperti Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok dengan bertaranum menyampaikan alunan bacaan al-Quran sekali gus mendapat maklum balas yang baik terutama golongan muda.

“Farha tengok anak-anak muda di luar sana diorang suka tentang taranum malah, sewaktu Farha buat siaran langsung pada Ramadan tahun lepas, pelbagai negara sertai antaranya Korea Selatan, Iran, Indonesia, Filipina dan Thailand termasuk peserta Malaysia. Mereka semua bersemangat belajar al-Quran.

“Media sosial ini memang dekat dengan anak muda dan kalau ditanya, mesti ada (akaun media sosial). Jadi itu menjadi platform mereka dan kita pula jadikannya untuk menyebar kebaikan memandangkan mereka aktif di situ,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI