fbpx

Verstappen makin melampaui batasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON menjulang trofi kejuaraan selepas memenangi saingan GP Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche awal pagi semalam. – AGENSI

JEDDAH – Pelumba pasukan AMG Mercedes, Lewis Hamilton hampir tidak mampu menahan rasa berang terhadap pencabar kejuaraan dunia Formula Satu (F1) daripada Red Bull, Max ­Verstappen pada perlumbaan Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche awal pagi semalam.

Juara dunia tujuh kali itu menyifatkan Verstappen bertindak melampaui batasan pada perlumbaan tersebut apabila memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan mereka berlanggar.

Hamilton menjelaskan, kesabarannya hampir sampai ke kemuncak pada perlumbaan tersebut kerana terpaksa berdepan aksi ‘gila’ Verstappen yang terdesak untuk mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kejua­raan.

“Saya cuba bersabar pada perlumbaan hari ini (semalam) tetapi ia sangat sukar untuk dilakukan. Sepanjang 28 tahun menjadi pelumba, saya sudah berdepan pelbagai jenis manusia yang berbeza karakter.

“Bagaimanapun, saya cuba buktikan kemampuan di dalam litar hari ini (semalam) dengan mematuhi peraturan. Bagi saya, dia (Verstappen) sangat melam­pau pada perlumbaan ini,” katanya.

Pada masa sama, Hamilton juga bingung dengan tindakan Verstappen yang memperlahankan jentera pada pusingan ke-37 sehingga menyebabkan kedua-dua jentera berlanggar.

Difahamkan, Verstappen diarahkan supaya membenarkan Hamilton untuk memintasnya, namun maklumat tersebut tidak diterima oleh pelumba Britain itu sehingga berlakunya pelanggaran tersebut.

“Saya tidak terima maklumat tersebut, oleh sebab itu saya tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin dia tidak kisah jika kami berdua tidak tamatkan perlumbaan tetapi saya mahu kami sampai ke garisan penamat,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI