fbpx

UGreat sasar satu juta pelanggan tempoh lima tahun akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – UGreat International Sdn. Bhd. (UGreat International), pengeluar produk makanan tambahan, bercadang memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan kesihatan dan memenuhi keperluan seisi keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Taufik Mohd Samsu­ddin berkata, perancangan aktif syarikat kini adalah untuk memastikan misi 1 Rumah, 1 Produk dan menyasarkan lebih daripada satu juta pengguna dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sehingga kini, syarikat mengeluarkan produk makanan tambahan UGCare, minuman kesihatan UGCafe dan produk semburan yang berfungsi sebagai penyegar kulit kering, UG-Proactive.

“Syarikat telah mula bero­perasi pada tahun 2020 tetapi kesan pandemik telah memberi kesan kepada banyak syarikat termasuk UGreat International, namun kami telah menggunakan peluang yang ada untuk memasarkan produk dalam platform online.

“Kuasa pemasaran secara online menjadi sokongan yang kuat kepada syarikat dan kini kami bercadang untuk menge­luarkan lebih banyak produk baharu dan menganjurkan pelbagai program secara online juga,” katanya dalam ke­nyataan.

Selain pasaran domestik, UGreat International juga berjaya menembusi hampir ke 20 buah negara dengan hampir 30,000 ejen dan pengguna.

Tambah Mohd. Taufik, selepas hampir dua tahun berusaha gigih mengukuhkan jenama­nya, UGreat International telah diiktiraf sebagai ‘Outstanding Life style Beauty & Health Company of the Year Malaysia SME Category’ pada majlis Made for The World Excellence Awards 2021 baru-baru ini.

Pihaknya bersyukur atas pengiktirafan yang diberikan oleh NiagaTimes.Com dan kejayaan tersebut akan didedikasikan kepada semua yang terbabit dalam membantu membangunkan syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI