fbpx
Azlan (tiga dari kiri) bersama Exco kerajaan negeri menunjukkan Bajet Perlis 2022 yang dibentangkan semasa Persidangan DUN Perlis (Mesyuarat Bajet 2022) di Kompleks DUN Kangar, hari ini.

Penjawat awam Perlis terima bantuan khas RM900, pesara RM550

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM900 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan serta terima kasih atas sumbangan mereka kepada negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, bantuan sebanyak RM550 turut disalurkan kepada pesara kerajaan yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

“Perkhidmatan awam dan penjawat awam adalah tulang belakang kerajaan negeri. Gagal atau cemerlang sesuatu kerajaan bergantung sebahagian besarnya kepada peranan penjawat awam di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Bajet 2022 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis (Mesyuarat Bajet 2022) di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Katanya, walaupun jumlah bantuan itu tidak seberapa, namun pihaknya berharap ia dapat memberikan dorongan selain mencetuskan semangat kepada semua penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi.- K! ONLINE

POPULAR