fbpx

Gagal seludup pil kuda guna bot kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pil kuda yang dirampas APMM di perairan Kuala Perlis pada awal pagi semalam.

KUALA PERLIS – Cubaan seorang lelaki disyaki warga Thailand menyeludup 587 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM14,675 ke negara ini dengan menggunakan bot kayu pada awal pagi semalam berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu, APMM mengesan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran memasuki perairan negara iaitu pada kedudukan 0.2 batu nautika dari muara Kuala Perlis.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing memberitahu, bot ronda APMM berjaya memintas bot tersebut, namun suspek terus memecut laju ke arah kawasan hutan paya bakau berhampiran.

“Lelaki terbabit kemudian bertindak terjun ke laut dan berenang melarikan diri ke kawasan paya bakau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan ke atas bot menemui tiga peket kecil plastik berwarna biru disyaki mengandungi pil kuda yang disembunyikan di dalam tin berwarna merah.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk pil kuda, bot kayu dengan enjin sangkut bergalah adalah kira-kira RM24,675,” ujarnya.

Menurut Mohd. Shafie, APMM membuat satu lagi rampasan membabitkan 50 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun ketum yang dillonggokkan di tepi pantai Sungai Baru dekat sini pada pukul 5.30 pagi hari sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI