fbpx

[VIDEO] Buaya di Paya Indah Wetlands, bukan Kampung Ahmad Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI Perhilitan Selangor menunjukkan lokasi itu di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Penemuan seekor buaya bukan di tasik sekitar Kampung Ahmad Razali Tambahan, Dengkil dekat sini sebaliknya di Paya Indah Wetlands.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Perhilitan negeri dan Hulu Langat bergegas ke tasik itu sejurus menerima maklumat mengenai penemuan tersebut, malam tadi.

Katanya, hasil pemeriksaan menyeluruh pihaknya bagaimanapun tidak menemui buaya di kawasan berkenaan.

GAMBAR dakwaan penemuan buaya itu.

“Kita hari ini kemudian menerima maklumat bahawa video atau gambar tular mengenai reptilia itu adalah di Paya Indah Wetlands.

“Perkara itu dimaklumkan sendiri kakitangannya yang mendapati ia sama dengan kawasan sebuah kolam buaya di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Choon Yung, kawasan Paya Indah Wetlands juga berada di bawah seliaan Perhilitan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI