fbpx

Bomba bantu pindah warga emas sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas, Julia Ali Ahmad, 70, dibawa naik helikopter bomba untuk dipindahkan dari Pulau Tioman ke HTAA di Kuantan.

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang wanita warga emas yang mengalami sesak nafas dari Pulau Tioman, Rompin ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, operasi pemindahan perubatan (MEDIVAC) itu bermula pukul 9.47 pagi dan berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Warga emas terbabit, Julia Ali Ahmad, 70, mengalami masalah pernafasan dan perlu segera dipindahkan ke HTAA bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi menggunakan helikopter AW189 dengan kekuatan lima anggota termasuk juruterbang mendarat di Lapangan Terbang Tekek, Pulau Tioman dan turut dibantu oleh enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Tioman,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya bersama dalam penerbangan itu ialah dua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk doktor dan jururawat serta seorang waris kepada pesakit.

Katanya, helikopter terbabit selamat mendarat di padang Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota, di sini, sebelum pesakit dibawa ke HTAA menggunakan ambulans. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI