fbpx

[VIDEO] Van lawan arus di Jambatan Pulau Pinang sebabkan kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video papan pemuka sebuah kenderaan orang awam yang merakam kejadian van dipandu melawan arus di Jambatan Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Sebuah kereta terbabit kemalangan selepas cuba mengelak sebuah van yang dipandu secara melawan arus di Jambatan Pulau Pinang dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan insiden tersebut turut dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuh kenderaan orang awam.

Berdasarkan rakaman video yang dibuat di lorong kiri itu, sebuah van dilihat dipandu di lorong tengah dalam keadaan melawan arus di laluan Seberang Perai menghala ke bahagian pulau.

Kemudiannya kereta dipercayai jenis Honda City yang dipandu di lorong kanan dilihat cuba mengelak van berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan dan melanggar tembok pembahagi lebuh raya di sebelah kanan.

Keadaan trafik ketika kejadian dilihat dalam keadaan masih lengang.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI