fbpx

Sandra Bullock dihantui trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDRA BULLOCK

JIKA anak angkatnya, Laila berdepan trauma akibat kehidupan masa kecil tanpa keluarga sebenar, berbeza pula dengan Sandra Bullock yang masih dihantui perasaan serupa selepas kejadian rumahnya diceroboh lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian yang berlaku pada 2014.

Biarpun sudah tujuh tahun insiden tersebut berlalu, Bullock masih berasa takut dan mengakui sukar tidur pada waktu malam kerana bimbang kejadian sama akan berulang.

Kata pelakon berusia 57 tahun itu, dia mengakui sangat panik dan terfikir mungkin waktu itu menjadi hari terakhirnya hidup di dunia dan akan mati dibunuh lelaki itu yang bernama Joshua James.

“Semasa kejadian, saya bersembunyi di satu ruangan dan berasa sangat takut. Mungkin hari tersebut menjadi hari terakhir saya hidup. Polis akan menemui mayat saya pada keesokan harinya,” ujar Bullock.

Semasa kejadian, Bullock tinggal bersendirian, manakala anaknya, Louis tidak ada di situ kerana bermalam di rumah pembantu peribadinya.
Bullock bagaimanapun terselamat apabila dia sempat menghubungi talian bantuan kecemasan sebelum penceroboh rumahnya diberkas pihak berkuasa.

Namun, lelaki terbabit akhirnya mati kerana membunuh diri sejurus ditangkap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI