fbpx

Pesara tentera maut dipijak anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang pesara tentera berusia 73 tahun maut selepas dipukul dan dicederakan oleh anak lelakinya yang juga pesakit mental dalam kejadian pada Rabu lalu.

Dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil itu, suspek berusia 48 tahun dikatakan turut memijak kepala dan muka mangsa selain mencederakannya dengan pisau pemotong kek.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan mendapati, suspek dikatakan hilang kawalan sebelum mengamuk dan memukul mangsa.

Beliau berkata, suspek dikatakan sudah lama tidak mengambil ubat penenang menyebabkan tingkah lakunya sukar di kawal sehinggalah bertindak mencederakan mangsa.

Wan Kamarul Azran – FOTO: FAISOL MUSTAFA

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah terutama di bahagian muka termasuk kesan luka akibat torehan pisau di beberapa bahagian badan.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dipercayai dipijak bertubi-tubi oleh suspek. Mangsa juga cedera di bahagian dada dan kedua-dua belah tangan.

“Laporan bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan parah di muka dan retak di bahagian tengkorak,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Roda di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang juga menghidap penyakit anemia dan sawan itu telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI