fbpx

F1 banyak dihiasi penalti berbanding aksi perlumbaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN

JEDDAH – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen menyuarakan rasa tidak puas hati selepas dia sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Arab Saudi di tempat kedua di Litar Jeddah Corniche awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan pencabar terdekat kejuaraan dunia Formula Satu (F1) daripada pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menya­makan kedudukan 369.5 mata selepas memenangi perlumbaan tersebut.

Verstappen juga mengkritik keputusan yang dilakukan pengarah perlumbaan apabila mengenakan penalti lima saat selepas dia didakwa memandu secara berbahaya bagi mempertahankan kedudukan daripada Hamilton.

VERSTAPPEN dikatakan memperlahankan jenteranya hingga berlaku pelanggaran dengan jentera Hamilton pada saingan GP Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche awal pagi semalam. – AGENSI

“Saya lega kerana penyokong berfikiran waras mengenai apa yang berlaku pada perlumbaan hari ini (semalam) kerana ia sukar untuk dipercayai. Saya hanya mahu berlumba, namun perlumbaan sekarang banyak dihiasi dengan penalti.

“Bagi saya, ini bukanlah perlumbaan F1, namun sekurang-kurangnya penonton terhibur dengan aksi yang ditampilkan. Saya sudah berikan segala-galanya tetapi tidak cukup pantas,” kata pelumba dari Belanda itu.

Mengulas mengenai tindakannya memperlahankan jentera sehingga menyebabkan pelanggaran antara dia dan Hamilton, Verstappen menjelaskan, dia hanya mahu memberi ruang kepada pelumba Britain itu untuk memintasnya.

“Saya perlahankan jentera kerana mahu benarkan dia memintas tetapi dia tidak melakukannya sehingga kami berdua berlanggar. Saya langsung tidak faham apa yang berlaku ketika itu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI