fbpx

40 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 40 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,614 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,199 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (8), Perak (6), Kedah (5), Terengganu (4), Selangor (4),  Sabah (4), Sarawak (3), Pahang (2), Kelantan (1),   Negeri Sembilan (1), Melaka (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat kes aktif melibatkan 51,260 kes dikuarantin di rumah, 5,899 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,369 kes di hospital, 207kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 264 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,298 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,160 kes), Kelantan (434 kes), Johor (346 kes), Kedah (324 kes), Sabah (294 kes),  Pahang (278 kes), Pulau Pinang (261 kes), Melaka (259 kes), Perak (254 kes), Terengganu (228 kes), Kuala Lumpur (221 kes), Negeri Sembilan (107 kes),  Sarawak (71 kes), Putrajaya (33 kes), Perlis ( 17 kes) dan Labuan (11 kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI