fbpx

Lelaki mengamuk di Genting Sempah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESIN pengeluaran wang automatik yang dirosakkan seorang lelaki yang mengamuk dengan bersenjatakan parang di R&R Genting Sempah semalam.

BENTONG – Polis menahan seorang lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dan merosakkan harta benda awam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di lokasi kejadian ketika sedang merosakkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan sebilah parang.

“Suspek ditahan reman selama empat hari dan akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri kerana semakan mendapati suspek pernah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kejadian tersebut dengan cepat kepada pihak polis,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai kerja tetap mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI