fbpx

Fenomena air pasang besar bukan pesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosman (tiga dari kiri) menasihatkan orang ramai yang masih mengunjungi kawasan pantai untuk melihat fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang masih ghairah melihat fenomena air pasang besar di pesisir pantai di negeri ini tanpa memikirkan keselamatan diri.

Pengarah APM Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, fenomena air pasang besar yang membawa ombak setinggi 2.9 meter tersebut bukan pesta malah boleh membahayakan nyawa.

“Berdasarkan pemantauan di Pantai Seberang Takir di sini, masih ramai yang berkumpul di pesisir pantai untuk melihat ombak besar.

“Ada juga yang datang dari Kuantan (Pahang) semata-mata untuk menyaksikan fenomena tersebut,” katanya ketika ditemui ketika memantau Pantai Seberang Takir di sini malam tadi.

Mohd. Rosman berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan menjauhi kawasan pesisir pantai di seluruh negeri ini sehingga 13 Disember depan.

Jelas beliau, sepanjang tempoh tersebut, fenomena berkenaan akan membawa ombak setinggi 2.4 meter hingga 2.9 meter yang berbahaya untuk sebarang aktiviti.

“Sehubungan saya menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan pantai sehingga fenomena air pasang besar ini reda,” katanya.

Rosman berkata, fenomena terbabit juga memberi risiko banjir kepada 37 penempatan yang terletak berhampiran pantai di seluruh negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI