fbpx

Polis terima laporan pengasuh baling bungkusan pada bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian seorang wanita membaling objek ke arah seorang kanak-kanak di sebuah taska di Bayan Baru, George Town.

GEORGE TOWN – Polis menerima laporan berhubung kejadian tular seorang pengasuh yang dikatakan menganiaya seorang bayi dengan membaling satu objek dipercayai bungkusan barang ke atas belakang badan si kecil itu semalam.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah taska di Bayan Baru di sini yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Petang semalam, satu klip video berdurasi 44 saat memaparkan tindakan seorang wanita bertudung telah membaling satu objek ke atas seorang bayi yang sedang merangkak.

Klip video yang sehingga pagi ini mendapat 254,000 tontonan, 6,700 perkongsian dan 1,000 itu dikongsi pemilik laman sosial Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri dipercayai ibu kepada bayi tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI