fbpx

Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad membentangkan Belanjawan Kelantan 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan bersetuju memberikan bantuan khas kepada kakitangan awam di seluruh negeri ini sebanyak RM1,000 seorang.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob semasa mengakhiri pembentangan Belanjawan Kelantan 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini hari ini.

Menurut Ahmad, selain penjawat awam, kumpulan lantikan politik merangkumi penghulu, kakitangan halaqat dan penyelaras DUN turut menerima bantuan khas sebanyak RM500 seorang.

“Bantuan khas sebanyak RM250 diberikan kepada para guru al-Quran dan fardu ain,” katanya tanpa menjelaskan tarikh bantuan tersebut akan disalurkan kepada para penerima.

Terdahulu, Ahmad membentangkan Belanjawan Kelantan 2022 dengan unjuran defisit lebih tinggi iaitu RM90.49 juta, berbanding tahun lalu sebanyak RM66.02 juta.

Menurutnya, meskipun anggaran belanjawan defisit setiap tahun, kerajaan negeri masih mencatatkan perbelanjaan sebenar yang surplus atau lebihan selama empat tahun berturut-turut.

“Pada 2017, surplus dicatatkan Kelantan adalah sebanyak RM38.82 juta manakala pada 2018 surplus RM40.46 juta, 2019 surplus RM445.69 juta dan pada 2020, surplus RM45.44 juta,” ujar beliau.

Katanya, Belanjawan Kelantan 2022 memperuntukkan RM1.51 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemah dengan anggaran hasil negeri pada tahun depan sebanyak RM991.74 juta. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI