fbpx

Paru-paru mengecut akibat menyanyi nada tinggi ketika karaoke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang Zhe disahkan mengalami pneumothorax atauparu-paru mengecut ketika cuba menyanyi pada nada tinggi. – Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah paru-paru mengecut atau pneumothorax kerana memaksa diri untuk menyanyi pada nada tinggi ketika sesi karaoke di majlis hari lahir rakannya, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Wang Zhe, 25, dari bandar Changsha dalam wilayah Hunan itu dilaporkan menghadiri majlis hari lahir rakannya dan memutuskan untuk menonjolkan kehebatan suaranya dengan menyanyikan lagu berjudul New Drunken Concubine.

Lagu nyanyian penyanyi bernama Li Yugang itu terkenal sebagai lagu yang bernada tinggi. 

Bagaimanapun, ketika nyanyian tiba pada bahagian nada tinggi, Wang Zhe yang berusaha untuk mencapai nada tersebut berasa sakit pada bahagian dadanya, sekali gus memaksanya menghentikan nyanyian tersebut.

Kesakitan yang dialami itu bagaimanapun tidak diendahkan kerana dia masih boleh bertahan sehinggalah keesokan harinya apabila dia mula mengalami kesukaran bernafas.

Setelah dibawa ke hospital, doktor mengesahkan bahawa Wang Zhe mengalami pneumothorax, di mana gelembung udara terbentuk di antara paru-paru dan rangka dada yang berpotensi mengancam nyawanya.

Menurut doktor, tindakan Wang Zhe yang memaksa suaranya untuk mencapai nada tinggi menyebabkan kantung udara di paru-paru kanannya pecah.  

Susulan itu, dia perlu menjalani satu prosedur invasif dinamakan bulektomi untuk membuang pengumpulan udara dalam rongga dadanya.

Lelaki itu akhirnya sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari Hospital Pusat Changsha.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI