fbpx

[KEMASKINI] tanah runtuh: Kenderaan tertimbus dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: Anggota penyelamat sedang mengeluarkan pemandu lori sayur yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands petang tadi.

IPOH – Operasi mencari kenderaan dan mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands menunjukkan petanda positif apabila kedudukan kenderaan yang tertimbus telah dikenal pasti.

Dalam kejadian pada pukul 1.41 petang itu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, sebuah kereta dan sebuah lori dipercayai tertimbus sedalam 50 meter.

Sehingga pukul 6 petang tadi Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengesan kedudukan kenderaan dan sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, identiti mangsa disahkan sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, iaitu pemandu lori sayur yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan lori berkenaan dan usaha mengeluarkan mangsa tersepit sedang dijalankan.

“Daripada maklumat awal, terdapat seorang mangsa iaitu lelaki berusia 31 tahun yang juga pemandu lori terperangkap dalam runtuhan itu berdasarkan maklumat daripada majikannya.

“Keadaan mangsa bagaimana pun belum diketahui dan usaha menyelamatkannya sedang dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Turut berada di lokasi ialah Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun dan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman.

Pasukan penyelamat menggunakan dua buah eskavator untuk mengorek tanah di lokasi kejadian manakala bantuan jentera sama turut diterima daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.

Operasi mencari melibatkan 101 anggota pelbagai agensi termasuk polis dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digunakan untuk membuat rondaan udara dengan menggunakan dron selain menilai jika ada pergerakan tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI